Langkau ke kandungan utama

Biarkan / Tinggalkan Hamster Anda Untuk Seketika

Anda baru beli Robo? hemm apa nak buat ya.... selain anda telah sediakan tempat tinggal dan makanan termasuk mainan (hemmm). Anda hanya perlu letakkan dan biarkan didalam tempat tinggalnya untuk beberapa hari, jangan usik Robo anda itu, apatah lagi membelainya...cuma makan jangan lupa bagi.. :p. Ini untuk memastikan Robi anda dapat menyesuiakan diri di tempat tinggal dan ruang kawasan yang baru, bayangkan selama ini Robo anda diletakkan di satu kawasan yang bising (dalam kedai) dan kawan yang banyak (dalam kedai haiwan kan.. :), secara tiba-tiba diletakkan didalam ruang yang senyap, suhu atau cuaca yang berlainan. Sudah tentu Robo anda akan terkejut, oleh itu anda perlu biarkan Robo beberapa hari.

Jika boleh, letakkan tempat tinggalnya di kawasan tersembunyi sedikit, supaya tetamu atau ahli keluarga yang datang menziarah tidak menggangunya. Dan jika anda letakkan didalam akuarium atau sangkar yang besar, tutup sebahagian kawasan tersebut, supaya Robo anda meneroka dan membiasakan kawasan baru dengan sendiri.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah Saya Menyimpannya Berpasangan

Kebanyakkan hamster boleh dibela walaupun tiada pasangan, ia sebenarnya satu pilihan untuk mengelaknya timbul sebarang masalah. Tetapi untuk hamster Robo, mereka lebih suka hidup dalan berkumpulan ataupun berpasang-pasangan kerana ia jauh lebih hidup. Sekiranya anda mampu membela 2 ekor Robo apa salahnya. Untuk makluman, tidak semestinya jika kita menjaga mereka berpasang - pasangan mereka akan hidup bersama. Robo bertina mungkin berpeluang hidup bersama, tetapi Robo jantan mungkin sukar sedikit untuk hidup bersama tetapi jika dalam jumlah yang besar ia amat sukar. Sebagai nota akhir , anda perlu berhati - hati untuk membeli seekor hamster kerana anda berasa kasihan untuk mereka : hamsters yang sakit atau yang telah didera biasanya tidak membuat haiwan menjadit baik dan ia adalah mungkin bahawa mereka akan kekal sakit atau mengalami gangguan tingkah laku . Ia adalah idea yang baik untuk membawa bekas perjalanan anda sendiri untuk membawa ruma...

Bermain dengan Hamster Anda

Bila dah beli, hemmm tentulah tidak sabar nak bermain denga Robo anda kan, nak tunjuk pada anak-anak, mak dan bapak, kawan-kawan, jiran-jiran dan binatang peliharaan yang lain seperti kucing...:P. Sepertimana yang telah saya maklumkan sebelum ini, bagi ruang dan masa kepada Robo menyesuaikan diri dengan kawasan dan tempat tinggalnya. Jika Robo sudah bersedia dan menyesuaikan diri, baru lah anda boleh bermain denganya.. YeeeEEeeeEEee....heheee.. Sebelum anda nak bermain dengan nya, pastikan bermain didalam kawasan yang kecil dahulu, hemm mungkin seperti bilik anda, bilik no 2 atau bilik no 3, saya tidak menggalakkan anda bermain dikawasan seperti ruang tamu atau kawasan yang luas, sebabnya bila anda nak menyimpanya semula..tuhan sahaja yang tahu..hehehe.. letih nak menangkapnya, kalau masuk bawah sofa, aduhaii... Sebab itu saya sarankan bermain dengannya dikawasan yang lebih kecil, biar Hamster anda biasakan diri di kawasan itu tersebut. Dan tolong pastikan tiada binatang peliharaa...