Langkau ke kandungan utama

Bermain dengan Hamster Anda

Bila dah beli, hemmm tentulah tidak sabar nak bermain denga Robo anda kan, nak tunjuk pada anak-anak, mak dan bapak, kawan-kawan, jiran-jiran dan binatang peliharaan yang lain seperti kucing...:P.
Sepertimana yang telah saya maklumkan sebelum ini, bagi ruang dan masa kepada Robo menyesuaikan diri dengan kawasan dan tempat tinggalnya. Jika Robo sudah bersedia dan menyesuaikan diri, baru lah anda boleh bermain denganya.. YeeeEEeeeEEee....heheee..

Sebelum anda nak bermain dengan nya, pastikan bermain didalam kawasan yang kecil dahulu, hemm mungkin seperti bilik anda, bilik no 2 atau bilik no 3, saya tidak menggalakkan anda bermain dikawasan seperti ruang tamu atau kawasan yang luas, sebabnya bila anda nak menyimpanya semula..tuhan sahaja yang tahu..hehehe.. letih nak menangkapnya, kalau masuk bawah sofa, aduhaii...

Sebab itu saya sarankan bermain dengannya dikawasan yang lebih kecil, biar Hamster anda biasakan diri di kawasan itu tersebut. Dan tolong pastikan tiada binatang peliharaan lain dikawasan tersebut, seperti kucing, ia seperti saya letakkan anda didalam kandang Singa atau Harimau....anda takut?? begitu juga dengan Hamster...

Bagaimana nak bermain? angkat dan lepaskan didalam bilik, biar dia meneroka didalam bilik anda, anda cuma perhatikan atau boleh la main kejar² dengan Hamster tu, cuma jangan terpijak sudah, letaklah barang mainan sedikit seperti bola ke ... biarkan dia bermain sekurang-kurang 1 jam atau lebih sedikit. Ini membolehkan Hamster anda bersenaman dan menghilangkan tekanan kerana telalu lama didalam sangkar atau tempat tinggalnya.


Ulasan

  1. Hello there, I found your website by the use of Google at the same time as looking for a comparable topic, your web site got here up, it appears great. I have bookmarked it in my google bookmarks.
    Hi there, just changed into alert to your blog through Google, and found that it is really informative. I am going to watch out for brussels. I'll be grateful in case you proceed this in future. Many other people can be benefited out of your writing. Cheers!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah Saya Menyimpannya Berpasangan

Kebanyakkan hamster boleh dibela walaupun tiada pasangan, ia sebenarnya satu pilihan untuk mengelaknya timbul sebarang masalah. Tetapi untuk hamster Robo, mereka lebih suka hidup dalan berkumpulan ataupun berpasang-pasangan kerana ia jauh lebih hidup. Sekiranya anda mampu membela 2 ekor Robo apa salahnya. Untuk makluman, tidak semestinya jika kita menjaga mereka berpasang - pasangan mereka akan hidup bersama. Robo bertina mungkin berpeluang hidup bersama, tetapi Robo jantan mungkin sukar sedikit untuk hidup bersama tetapi jika dalam jumlah yang besar ia amat sukar. Sebagai nota akhir , anda perlu berhati - hati untuk membeli seekor hamster kerana anda berasa kasihan untuk mereka : hamsters yang sakit atau yang telah didera biasanya tidak membuat haiwan menjadit baik dan ia adalah mungkin bahawa mereka akan kekal sakit atau mengalami gangguan tingkah laku . Ia adalah idea yang baik untuk membawa bekas perjalanan anda sendiri untuk membawa ruma...

Maklumat Asas

Hamster Roborovski adalah kecil, kerdil dan mempunyai ekor yang pendek. Mereka secara amnya dipanggil "look but don't touch pets".Ini kerana mereka bukan jenis hamster yang boleh dipegang atai dibelai seperti hamster jenis lain sebaliknya mereka jenis yang aktif seperti berlari didalam roda dengan pantas dan hidup didalam kelompok mereka ini kerana mereka jenis hidup bermasyarakat dan berpasangan. Habitat asal mereka adalah dalam kawasan Steppes Mongolia . Hamster Roborovski adalah amat sukar untuk dijinakkan kerana sifat , saiz dan kelajuan . Adalah disyorkan untuk membeli Roborovskis dalam berpasangan, terutamanya lebih seronok untuk melihat hamster ini bermain bersama-sama daripada hanya satu hamster . Peluang hamster ini bergaduh adalah amat rendah , dan ia biasanya kes bahawa luka-luka yang teruk hanya apabila terdapat kumpulan lebih daripada tiga Robo yang disimpan dalam sangkar yang sama . Biasanya jika berla...