Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Bermain dengan Hamster Anda

Bila dah beli, hemmm tentulah tidak sabar nak bermain denga Robo anda kan, nak tunjuk pada anak-anak, mak dan bapak, kawan-kawan, jiran-jiran dan binatang peliharaan yang lain seperti kucing...:P. Sepertimana yang telah saya maklumkan sebelum ini, bagi ruang dan masa kepada Robo menyesuaikan diri dengan kawasan dan tempat tinggalnya. Jika Robo sudah bersedia dan menyesuaikan diri, baru lah anda boleh bermain denganya.. YeeeEEeeeEEee....heheee.. Sebelum anda nak bermain dengan nya, pastikan bermain didalam kawasan yang kecil dahulu, hemm mungkin seperti bilik anda, bilik no 2 atau bilik no 3, saya tidak menggalakkan anda bermain dikawasan seperti ruang tamu atau kawasan yang luas, sebabnya bila anda nak menyimpanya semula..tuhan sahaja yang tahu..hehehe.. letih nak menangkapnya, kalau masuk bawah sofa, aduhaii... Sebab itu saya sarankan bermain dengannya dikawasan yang lebih kecil, biar Hamster anda biasakan diri di kawasan itu tersebut. Dan tolong pastikan tiada binatang peliharaa...

Biarkan / Tinggalkan Hamster Anda Untuk Seketika

Anda baru beli Robo? hemm apa nak buat ya.... selain anda telah sediakan tempat tinggal dan makanan termasuk mainan (hemmm). Anda hanya perlu letakkan dan biarkan didalam tempat tinggalnya untuk beberapa hari, jangan usik Robo anda itu, apatah lagi membelainya...cuma makan jangan lupa bagi.. :p. Ini untuk memastikan Robi anda dapat menyesuiakan diri di tempat tinggal dan ruang kawasan yang baru, bayangkan selama ini Robo anda diletakkan di satu kawasan yang bising (dalam kedai) dan kawan yang banyak (dalam kedai haiwan kan.. :), secara tiba-tiba diletakkan didalam ruang yang senyap, suhu atau cuaca yang berlainan. Sudah tentu Robo anda akan terkejut, oleh itu anda perlu biarkan Robo beberapa hari. Jika boleh, letakkan tempat tinggalnya di kawasan tersembunyi sedikit, supaya tetamu atau ahli keluarga yang datang menziarah tidak menggangunya. Dan jika anda letakkan didalam akuarium atau sangkar yang besar, tutup sebahagian kawasan tersebut, supaya Robo anda meneroka dan membiasakan k...