Maklumat ini di ambil dari : http://www.wikihow.com/Care-for-Roborovski-Hamsters
Bekas bagaimana yang sesuai untuk Robo? jangan beli sebarangan, kerana jika anda beli bekas yang tidak sesuai dengan ciri kehidupan Robo, anda mungkin akan mencederakannya.
Ada pelbagai jenis bekas yang dijual di pasaran, ada jenis jaring dan plastik. Tetapi bekas yang amat sesuai untuk membela Robo adalah jenis bekas kaca atau plastik akuarium atau tangki, kerana bekas ini mempunyai ruang yang secukupnya untuk membela Robo.
Bekas yang disediakan mesti sekurang - kurangnya 3 kaki panjang (70 x 40) atau mempunya keluasan lantai yang luas ini kerana Robo suka berjalan, berlari dan bermain dikawasan yang luas.
Lihat Contoh bekas kaca atau plastik dibawah (gambar ini diambil daripada laman web):
Cantik bukan kalau anda jadi kreatif sebegini.
Robo boleh di hidup bersama jika ia dipasangkang atau disatukan sebelum umur Robo 8 minggu, Robo masih boleh disatukan jika ia lebih daripada 8 minggu, cuma ia memerlukan masa, jika tersilap ia akan menyebabkan Robo sakit atau kesunyian atau mati. Jadi jika anda ingin membela Robo lebih daripada 1, pastikan kawasan, makanan, minuman, roda dan lain - lain perkara di gandakan. Seperti saya, saya mempunya 3 rumah, 3 roda, 2 bekas minuman. jadi Robo tidak bergaduh.
Diingatkan sekali lagi, jangan beli jenis sangkar yang dijual dipasaran kerana kebanyakannya tidak menyediakan ruang yang mencukupi untuk menempatkan lebih Robo dan mainan. Contoh seperti berikut:-
Pengalaman saya, jika anda membelanya didalam bekas kaca, anda akan nampak keseluruhan pengerakan robo, lebih seronok. percayalah.
CASINOS in and near Mahnomen - JCM Hub
BalasPadamCasino in 속초 출장안마 and near Mahnomen, Minnesota is a fun 논산 출장안마 place to discover exciting, 여주 출장샵 exciting gaming options. 안양 출장샵 Get details about Casino in and 광명 출장마사지 near Mahnomen,